feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Bagaimana Mengendalikan Pelanggan Yang Tidak Berpuashati

Kajian menunjukan, mendapatkan pelanggan yang baru adalah 9 kali lebih susah berbanding mengekalkan pelanggan setia yang sedia ada. Jadi adalah sesuatu yang sangat penting untuk usahawan bertungkus lumus untuk mengekalkan pelanggan setia yang sedia ada. 

Kita perlu memastikan pelanggan kita sentiasa selesa dan berpuashati dengan perniagaan kita. 

Dalam mengendalikan pernigaaan, kita pasti akan menghadapi pelanggan yang tidak berpuashati dengan produk atau servis yang kita sediakan kepada mereka. Ini perkara biasa. Berikut adalah tips-tips yang mungkin berguna untuk kita jadikan panduan.


1. Tenang dan Dengar

Sebagai pemilik perniagaan, kita perlu mendengar luahan perasaan dari pelanggan kita. Dengar dengan tenang dan tunjukan anda memberi perhatian. Jangan mencelah atau memotong apa yang dicakapkan oleh pelanggan sehingga dia menghabiskan luahan. 

Rasa hormat yang tinggi kepada pelanggan adalah penting. Sentiasa ingat, mereka adalah boss bagi perniagaan kita. Juga ingat, dengan cara penyelesaian yang baik, pelanggan yang mengamuk itu tadi akan menjadi promoter utama perniagaan kita.


2. Bertindak Profesional

Pohon maaf walaupun kita/pekerja kita tidak membuat sebarang kesalahan. Terangkan kepada pelanggan perkara sebenar. Berikan tawaran baru yang akan menjadikan pelanggan itu seronok.

Bertindak secara profesional dan rasional. Mengalah seboleh yang mungkin. 


3. Pastikan Kesalahan Tidak Berulang

Jika ada kesalahan yang dilakukan, cuma perbaiki dan pastikan kesalahan tidak berulang. Pelanggan yang tidak berpuashati adalah satu aset yang penting untuk kita dapatkan maklumat sebenar tentang perniagaan kita. 

Cari penyelesaian kepada masalah yang timbul ini sebagai prioriti utama perniagaan anda. 


4. Pilih Pelanggan Anda

Terdapat sesetengah pelanggan yang anda tidak mungkin dapat memuaskan hatinya. Pilih pelanggan anda. Pulangkan duit yang dibayar oleh pelanggan tersebut. 

Jika pelanggan itu datang semula pada masa hadapan. Berurusan dengan pelanggan itu secara berhemah dan lebih jelas. Jangan banyak bercakap perkara tidak perlu. 

Jika pelanggan itu membuat masalah berkali-kali. Anda cuba alihkan pelanggan ini ke arah lain supaya dia tidak datang lagi. Anda boleh membuat perniagaan dengan lebih baik tanpa pelanggan seperti ini. 


5. Kerja Keras Untuk Mendapatkan Pelanggan Setia

Salah satu sebab seseorang pelanggan berhenti dan singgah ke kedai anda adalah kerana dia mempunyai pengalaman yang buruk di kedai lain. Menjaga pelanggan sedia adalah adalah lebih efektif dari segi kos berbanding mendapatkan pelanggan baru.

Oleh yang demikian, bekerja keras untuk pastikan setiap pelanggan anda akan berulang semula ke kedai anda. Jika mereka datang semula, layan mereka dengan lebih baik. 

Banyak perniagaan membuat kesalahan di sini apabila mengabaikan pelanggan lama dan mengambil berat mengenai pelanggan baru. Pelanggan lama perlu lebih diutamakan. 

Sekian, terima kasih

Salam Perniagaan, 

Shahabudeen Jalil
27 May 2009
Kuala Lumpur, Malaysia




1 comments:
gravatar
Musa Othman said...
June 3, 2009 8:33 PM  

Salam En shahabudeen,
Blog tuan very informative.. thank you for the practical tips that u share with the audience..

Post a Comment