Sasar Sasaran Yang Boleh Di Capai
Posted by
Shahabudeen Jalil
Sewaktu berbincang dengan kawan-kawan suatu masa dahulu. Tetiba timbul idea
- nak adakan blog,
- kemudian salah seorang rakan mencadangkan blog ini ditulis beramai-ramai,
- kemudian salah seorang mencadangkan blog ini dimuatkan dengan gambar-gambar yang diambil sendiri oleh kami,
- kemudian salah seorang mencadangkan untuk dimasukan video-video,
- untuk ini kami perlukan kamera video dan peralatan lain,
- kemudian salah seorang cadangkan untuk bukan production house...
- dan kemudian, kemudian, kemudian.....
Akhirnya tinggal asap.. sebab akhirnya benda itu nampak terlalu besar untuk dicapai. Maka rancangan asal tersebut akan terbatal dengan sendirinya
Ramai pakar motivasi akan mencadangkan untuk kita meletakan sasaran yang tinggi. Betul apa kata mereka, tetapi ramai yang salah faham maksud sebenar pakar motivasi tersebut.
Saya kenal seseorang yang selama beberapa tahun saya berjumpa dia, setiap kali apabila saya bertanya "apa abang buat sekarang ?". Dia akan menjawab, "Saya tengah menunggu untuk memulakan projek perumahan bernilai jutaan ringgit". Di akhir setiap perjumpaan, dia akan meminta pinjam beberapa ratus atau puluhan ringgit untuk menyara perbelanjaan hariannya.
Jangan buang masa anda dengan penantian. Buat apa yang anda boleh buat hari ini.
Terdapat 2 senario di sini
Senario A
- Kita meletakkan satu sasaran yang sangat besar - Membuat perniagaan pembinaan bangunan, jual beli kapal laut dan sebagainya.
- Kita gagal mencapainya kerana tidak mampu, tidak bersedia, belum nampak peluang.
- Setiap hari dihabiskan masa dengan menunggu. Tidak ada pendapatan harian.
Senario B
- Kita meletakan satu sasaran kecil dan mencapainya.
- Kemudian kita buat satu lagi sasaran yang lebih besar dan mencapainya juga.
- Kita berkembang hari demi hari. Kita ada ganjaran jangka pendek untuk menyara hidup.
Sudah tentu senario kedua lebih menguntungkan berbanding senario yang pertama.
Jika apa yang saya katakan di atas benar, kenapa ramai pakar motivasi mengajar kita untuk "Think big".
Betul apa yang mereka ajarkan. Kita seharusnya meletakan sasaran yang besar. Tetapi juga penting, JANGAN bersandarkan kepada sasaran yang besar tersebut.
Sasaran kecil akan mewujudkan momentum dalam apa yang kita lakukan. Kita akan rasa kita sedang berkembang hari demi hari. Letakkan sasaran yang besar di dalam kepala setiap kali kita mencapai sasaran kecil. Sasaran kecil ini yang menyara hidup kita.
Lihat bagaimana orang yang bermula kecil
Facebook
- Pengasasnya Zuckerberg membuat sasaran untuk membina satu portal sosial untuk rakan-rakan sekolahnya.
- Namun kejayaan kecil ini bertukar menjadi sebuah portal sosial bernilai berbillion ringgit.
- Adolf Dassler mula membuat kasut untuk kegunaan sendiri di dapur rumahnya.
- Kasut yang bermula di dapur ini menjadi jenama utama di dunia.
- Henri Nestle bermula dengan membuat dan memasarkan satu jenis makanan bayi yang berkhasiat.
- Mempunyai beratus-ratus jenis produk yang dipasarkan ke seluruh dunia.
Sekian, terima kasih
Shahabudeen Jalil
17 April 2009
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


Post a Comment