Kedaiku di Masjid India – Bahagian 3

Kepada pembaca yang baru mengikuti siri ini. Boleh membaca siri terdahulu di link di bawah

Pekerja saya bersama barangan yang baru sampai

Barang baru sampai. Jika dilihat, setiap kotak dibuat rangka dengan kayu. Ini penting untuk menghantar barangan mudah pecah melalui laut. Rangka kayu itu adalah satu kemestian. Jika tidak barangan anda akan sampai dalam keadaan retak dan pecah.
Adikku Firdous ditugaskan untuk merungkai rangka-rangka kayu tadi.

Hari ini adalah hari keempat selepas barangan jualan tiba. Hampir 3 minggu dari tarikh barangan di hantar dari China. Dan hampir 2 minggu juga saya tidak menulis sambungan siri ini. 

Saya cuba kongsikan bersama beberapa perkara yang berlaku sepanjang 2-3 minggu ini. 
Pengambilan Pekerja
Saya mengambil seorang pekerja. Seorang kakak berumur awal 30-an dan sudah bekerluarga. Alhamdulillah. Setakat ini semua berjalan lancar. Pekerja saya ini nampak seorang yang baik dan ikhlas. Walaupun kekadang itu dia perlahan sedikit, tapi ini biasa bagi semua orang yang baru mula bekerja. 
Mengenai pengambilan pekerja, sila baca juga 
Tetapi pekerja saya, saya bayar dengan gaji yang tidak semurah seperti dalam artikel di atas kerana kedai saya ini di tengah bandar dan hampir tidak ada perumahan orang tempatan di sini.
Produk
Saya memilih produk pinggan mangkuk ini atas sebab-sebab tertentu.
- Rata-rata di sini adalah kedai tudung dan telekung. Pembeli tudung dan telekung adalah juga sebagai orang yang berpotensi membeli pinggan mangkuk.
- Pinggan mangkuk boleh disimpan lama dalam simpanan penjual (saya).
- Pinggan mangkuk mudah pecah dan selalu dibeli baru – permintaan sentiasa ada.
- Adalah sesuatu yang lumrah diberikan sempena perkahwinan. – permintaan bermusim pun ada.
- Saya mengetahui ramai pembekal pinggan mangkuk yang terbaik dan berkualiti tinggi di China dan Korea Selatan.
- Saya sendiri yang membuat penghantaran barangan ini dan saya mengambil langkah keselamatan tertentu yang penting untuk barangan kaca. Antaranya adalah kayu rangka seperti yang saya sebutkan di atas. 
Tea Set yang moden

Mangkuk bertingkat dan tempat asam garam

Sudu dan garpu dengan design bunga pada tangkalnya.

Cawan bunga dengan lining berwarna emas

Tea Set yang lengkap dengan teko, tempat letak gula dan tempat letak susu.

Dapat dilihat, perabot-perabot kecil, tempat letak tisu, dan barangan English yang lain.

Cawan yang berbeza bentuk.
Penyusunan Barangan
Penyusunan barangan juga mempunyai seni yang tertentu. Saya belajar sedikit sebanyak dari persekitaran dan orang sekeliling. 
Contohnya, cawan perlu diletakan supaya cuping itu berada di sebelah kanan bagi pemandangan mata pembeli. Ini akan membuatkan pembeli merasa selesa apabila melihat ‘tea set’ ini. 
Pada mulanya, saya kurang percaya, tetapi selepas saya praktikan kedua-dua memang terbukti kita merasa kurang selesa jika cuping cawan itu berada di kiri bagi pandangan kita. 
Mungkin bagi perniagaan lain, lain pula caranya. 
Meletakan Harga Barangan
Harga adalah penting dalam perniagaan, tetapi harga bukanlah segala-galanya. Ada orang yang berebut untuk membeli barangan yang murah, ada pula orang yang tidak akan membeli barangan murah. Banyak orang banyak ragam.
Jadi untuk meletakan harga, saya terlebih dahulu mengkaji harga pasaran dan meletakkan harga yang lebih kurang sama. Selain itu, harga pemborong juga disediakan secara berperingkat. Pemborong kecil mendapat diskaun yang besar, pemborong besar mendapat diskaun yang lebih besar. 
Selain itu, saya juga baru mempelajari tentang suatu ilmu meletakan harga. Namun perbahasan mengenainya akan saya buat pada waktu yang lain Insya-Allah. Saya akan terangkan sedikit di sini sekarang.
Kajian di buat, jika harga sesuatu barangan yang sama di buat dengan 3 harga yang berbeza seperti 
RM 1.69 
RM 1.95
RM 1.99
Walaupun barangan ini sama, manusia lebih cenderung untuk memilih harga RM 1.95 tanpa sedar. Ini adalah secara mental manusia akan merasakan kombinasi sesuatu nombor itu sebagai mahal dan kombinasi nombor yang lain pula sebagai murah. 

Ilmu ini penting untuk kita memahami pelanggan kita dan bagaimana memuaskan mereka setiap kali mereka di dalam kedai kita.
Mendapatkan Pelanggan
Dalam perniagaan baru seperti saya ini, saya perlu sedar setiap pelanggan adalah sangat penting. 
Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang menitikberatkan layanan terhadap pelanggan.
Jika sebagai perniagaan baru, kita mensasarkan kita mendapat 1 orang pelanggan sehari. Kita layan pelanggan ini sebaik mungkin dan kita pastikan bahawa dia akan kembali ke kedai kita. Hanya seorang pelanggan sehari. 

Selepas setahun kita sudah mempunyai 365 orang pelanggan setiap. Selepas 10 tahun kita sudah mempunyai 3650 orang pelanggan tetap. 

Jika tidak ada orang masuk ke kedai pada hari ini. Buat panggilan atau sms kepada kawan-kawan yang dikenali dan jemput dia datang melawat kedai anda. 
Hasilnya kita tidak dapat lihat dalam 1-2 bulan. Sekurang-kurangnya 3 tahun. Insya-Allah kita cuba bertahan sekurang-kurangnya 3 tahun. 
Syukur
Alhamdulillah, selepas barangan masuk, orang pun mula masuk ke kedai untuk melihat barangan. Jika sebelum ini benar-benar kesunyian, sekarang ini agak seronok kerana dapat berbual dengan pelanggan.
Ramai juga antara mereka yang membuat perniagaan sendiri di Sabah, Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain. Mereka juga berminat untuk menjadi agen di sana. Kerana masih belum ada persediaan yang cukup, saya terpaksa menolak permintaan mereka ini dengan baik. Namun saya mengambil no. telefon mereka sebagai simpanan untuk dihubungi di masa depan, Insya-Allah.
Masalah yang timbul 

  1. Ditipu oleh pemilik bangunan ini. Pemilik berwarganegara Bangladesh ini menyatakan setiap kedai ini sudah mempunyai air-cond. Rupa-rupanya, corong yang ada hanyalah sebagai perhiasan. Setakat ini sudah dua kipas dipasang di dalam kedai. Namun masih panas. Penyelesaian sedang dicari untuk memasang air-cond. 
  2. Nama Kedai yang hendak didaftar sebelum ini telah mendapat tentangan dari pihak tertentu. Nama yang saya ingin letak sebelum ini adalah “Royal Roses”. Rupa-rupanya nama “Royal” tidak boleh digunakan sebagai nama syarikat. Sedang memikirkan nama baru. Jika ada nama baru, baru boleh tukar sign board. Pembaca juga boleh menghantarkan cadangan kepada saya. 
  3. Kedai tak boleh dijadikan tempat menyimpan stok. Kedai terlalu kecil untuk pelbagai jenis barangan. Kedai ini kurang sesuai untuk menyimpan stok. Apabila perniagaan berkembang maju, perlu disewa ruangan di sekitar Masjid India ini sebagai tempat simpanan stok. 
Insya-Allah saya akan cuba menulis lagi supaya ilmu yang dikongsi ini menjadi pengalaman kita bersama.
Terima kasih 
Shahabudeen Jalil
24 April 2009
Kuala Lumpur
Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

11 Responses to Kedaiku di Masjid India – Bahagian 3

  1. hafiz says:

    tahniah bro…gunelah segala ilmu di dada dan pengalaman utk memajukan perniagaan..

    tp gua tetap xpuas hati sbb lu xmasuk artikel panasss…hahahah

  2. Budak Luebeck says:

    Tahniah Lil sempena kedai baru. Selamat Maju Jaya.

  3. Shahabudeen Jalil says:

    Geng Luebeck nie bila nak balik Mesia.. kawan2 kita dah beranak-pinak dah.

  4. BeautifulSofea.com says:

    tahniah shah…cantik susunan brg dlm kedai..akak dah tergoda nengoknya..nanti make sure brg2 display sentiasa dijaga jgn biar ada habuk,nanti cust krg selesa especially cik kak cik kak yg jenis cerewet…tapi yg jenis cerewet2 ni kalau dia dah bekenan & selesa dgn layanan mmg dia akan shopping sakan…InsyaAllah dlm masa terdekat akan singgah dikedai shah..

  5. Kak Naan says:

    Tahniah….dan syabas. Kak adalah silent reader diforum, follower of kursus borong d China dan stop by booth ms kt Gerakan usahawan. Bangga dgn usaha anak muda spt Shah utk menjadi usahawan yg berjaya. Ikuti siri bukak kedai, tp belum sempat kasi feedback, Shah dah gi borong ke China. Nntlah kak gi chkout kat yr kedai, nak beli byk klau harga lebih murah dari tempat lain.
    Keep up the good work!

  6. Shahabudeen Jalil says:

    Terima kasih kepada akak-akak sekalian. Jemput datang ke kedai. Terima kasih sekali lagi.

  7. linda says:

    saya mencari pinggan dalam 200 biji
    berapa boleh kasi
    i want to start a small restaurant
    pinggan makan-200 pcs
    mangkuk- 50 pcs
    email me at azreenadlin@yahoo.com

  8. linda says:

    shah
    i nak cari
    dish plate- 150pcs
    bowl- 50 pcs
    same design (at least a rose)
    i want to start a small restaurant actually
    please quote, tq

  9. harma says:

    tahniah dan syabas…
    org rumah saya teringin sangat nak berniaga cam abg.
    bole bg tps x?

  10. scha says:

    saya nk beli sudu dan garfu stainless steel..blh bagi qotation x? anggaran 600 setiap satu..

  11. zyrah says:

    salam….cik..saya nak bali sudu dan garpu set yg vintage design…1500 bleh bg quatation tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>