Cinta
Posted by
Shahabudeen Jalil
Sejak pagi tadi Mahmud masih bekerja di pejabat di Kuala Lumpur. Jam sudah pukul 5.00 petang. Keadaan di luar pejabat hujan. Namun Mahmud meredah hujat lebat dan menunggang motosikal untuk pulang. Jalan pula sesak. Sampai di rumah di Shah Alam pada pukul 6.00 petang.
Mahmud masuk ke rumah dengan keletihan yang amat sangat. Disambut oleh Zaitun.
Zaitun : Bang, kenapa nampak letih sangat nie ? Abang ok ke ?
Mahmud : Letih Ton, nak cakap pun tak larat.
Zaitun : Sian abang, bak sini beg abang tu. Abang tunggu sekejap, biar Ton buatkan air.
Tiba-tiba telefon bimbit Mahmud berdering.... Mahmud tengok, nama Karim terpampang. Segera Mahmud menjawab panggilan itu.
Mahmud : Hello, awat Karim ?
Karim : Hoi Mahmud, hang tau dak ? Geng kampung sebelah cabaq kita beb.
Mahmud : Cabaq apa ?
Karim : Depa kata, kalu harinie kita turun men bola ngan depa, depa buleh menang sama kita.
Mahmud : Uiksss... takleh jadi nie bro.. takpa-takpa. Hampa tunggu sat. Aku pi la nie gak. Kita ajaq depa petang nie. Biaq depa tau mana helang, mana belalang.
Mahmud pun segera memakai tukar baju dan memakai kasut sukan dan bergegas untuk keluar rumah.
Pada waktu yang sama, Zaitun baru keluar dari dapur.
Zaitun : Bang, nie Ton bawakan milo panas untuk abang.
Mahmud dah duduk di atas moto.
Mahmud : Aisehman.... Ton, abang kena pergi cepat. Ada benda penting. Geng kampung sebelah dah melampau. Nanti abang minum milo tu. Letak dalam peti ais.
Brooommmm...
Mahmud pun menuju ke padang bola dan bermain bola mati-matian sehingga azan Magrib.
-------------------------
Terdapat dua jenis motivasi dalam apa yang kita lakukan.
1. Motivasi luaran - Duit, kereta, pangkat, harta, nama dan lain-lain
2. Motivasi dalaman - Cinta pada apa yang kita lakukan.
1. Jika anda mempunyai rakan yang baru balik dari meeting MLM, tentu anda tahu. Rakan anda itu akan bersemangat sehingga terketar-ketar tangan. Maklumlah baru dapat semangat motivasi.
MLM = Jangan Join
Ini adalah motivasi luaran. Sama seperti kita yang menjadikan duit, kereta, pangkat, harga dan nama sebagai motivasi. Motivasi ini boleh pudar cepat apabila keadaan berubah atau kita sendiri yang berubah.
Motivasi luaran ini bagus, tetapi untuk berjaya dengan cemerlang. Kita perlukan motivasi dalaman. Ini lebih Utama.
2. Seperti Mahmud tadi, motivasi dalaman baginya adalah bermain bola sepak. Jadi walaupun terlalu penat. Dia mendapat tenaga dan semangat yang baru untuk melakukan sesuatu yang dia cinta.
Motivasi dalaman ini datang dari dalam diri kita. Orang cemerlang kerana motivasi dalaman. Teruskan membaca....
Ramai orang yang berjaya di dunia ini melakukan apa yang mereka cinta. Anda fikir Datuk Siti Nurhaliza hebat menyanyi kerana cintakan menyanyi atau kerana duit, kereta, pangkat, harta dan nama ? ( kerana Datuk K ? tak mungkin, Datuk Siti baru kenal Datuk K selepas dia dah berjaya)
Jadi sudah tentu motivasi dalaman ini lebih kuat kuasanya berbanding motivasi luaran.
Sama juga dalam perniagaan. Jika anda berniaga kerana cintakan berniaga, anda akan berjaya berniaga seperti Siti berjaya menyanyi.
Jika anda berniaga kerana duit, kereta, pangkat, harga dan nama; Anda hanya akan berjaya sekadar penyanyi kelab malam.
Mana satu pilihan anda ?
Lakukan apa yang anda cinta. Cuba cinta apa yang anda lakukan. Jika tak boleh, tinggalkan. Lakukan apa yang anda cinta.
Terima kasih
Shahabudeen Jalil
22 April 2009
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


April 22, 2009 11:33 AM
aku cinta padamuuuuuuuuuu....
April 26, 2009 11:49 PM
manusia rela melangkaui batasan kerana cinta...
cintailah diri sendiri dan cintailah usaha dan penat lelah anda..berilah penghargaan dan pengiktirafan kepada diri kita sendiri...berilah ganjaran di atas usaha dan penat lelah kita...selesakan diri kita sendiri sebelum memberikannya kepada org lain
Post a Comment