feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Bagaimana Mengukur Kejayaan Perniagaan ?

Ramai pakar perniagaan akan menyatakan kejayaan perniagaan dengan pelbagai istilah-istilah bombastik dan menerangkan alasan-alasan tertentu. Secara tak langsung, kita menjadi kabur tentang apa sebenarnya pengukur sebenar kejayaan perniagaan kita ?


Mengambil contoh bolasepak, apa yang paling penting di akhir perlawanan adalah keputusan perlawanan. Bukan bilangan penonton, bukan bilangan kad merah atau kuning, bukan bilangan tendangan sudut, bukan berapa 'shot on target' dan bukan... bukan... bukan...

Keputusan Perlawanan. 1-1 ? 2-1 ? 5-0 ?

Begitu juga dalam perniagaan, yang menjadi kayu ukur adalah

KEUNTUNGAN

- bukan bilangan pekerja
- bukan berapa sewa yang dibayar
- bukan bilangan produk
- bukan sijil yang dimiliki

KEUNTUNGAN

KEUNTUNGAN

KEUNTUNGAN

Perniagaan tanpa keuntungan adalah seperti seorang dewasa yang masih bergantung harap pada ibubapa yang sudah tua untuk menyara kehidupannya. Sepatutnya kita yang menyara mereka dan bukan sebaliknya. 


Apakah makna keuntungan ? Keuntungan membawa dua maksud

- Nilai hasil daripada segala modal, usaha dan pemikiran yang kita laburkan.

- Nilai yang kita telah tingkatkan dalam kehidupan orang lain.


Ingat : Sentiasa pastikan apa saja yang kita jual akan meningkatkan nilai dalam kehidupan pembeli. Jangan menipu pembeli dengan teknik jualan yang berpengaruh (salesmanship) untuk menjual sesuatu yang tiada nilai bagi mereka.

Contohnya : Jangan gunakan 'salesmanship' untuk menjual komputer riba kepada seorang petani yang tidak tahu membaca dan menggunakannya. Ini adalah salah dalam prinsip jualan walaupun komputer riba itu dijual dengan harga yang rendah.

Adakah Keuntungan Sesuatu Yang Jahat ?

Sudah tentu tidak. 

Dengan keuntungan tadi, sebagai peniaga, kita perlu :

- Membayar cukai dan zakat - yang digunakan untuk membina sekolah, membantu rakyat miskin dsb.
- Menaiktaraf diri, keluarga dan masyarakat sekeliling - tiada kebahagiaan pada orang yang tamak.
- Membangunkan perniagaan - ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak dan membangunkan ekonomi negara. Lebih ramai orang mempunyai kerja, jenayah berkurang.

Keuntungan adalah seperti air bagi manusia. Tanpanya perniagaan akan mati. 


Kepada Peniaga - kira keuntungan perniagaan setiap 3 bulan.

- Jika menguntungkan - Teruskan usaha, cuba perbaiki lagi kelemahan yang ada.
- Jika tidak stabil - Cuba selidik modul anda, ubah cara pemasaran, jimatkan kos.
- Jika rugi - Fokus segala tenaga dan sumber yang ada untuk perbaiki. Fokus.


Moga kita semua berjaya dalam perniagaan

Terima kasih 

Shahabudeen Jalil
26 April 2009
Kuala Lumpur




5 comments:
gravatar
hafiz said...
April 26, 2009 7:53 PM  

tidak perlu membayar cukai..cukai yg kite bayar akan di bazirkan dgn sewenang wenangnye oleh UMNO lahanat..aku haramkan setiap sen yg digunakan UMNO utk kepentingan UMNO parti durjana..

gravatar
myahakeem said...
April 26, 2009 10:55 PM  

keuntungan perlu dalam perniagaan. jika dikatakan keuntungan adalah sesuatu yang tidak baik, maka fikirkan...bagaimana saidatina khadijah jatuh hati pada Rasulullah SAW..ianya adalah kerana kebijaksanaan Rasulullah memperdagangkan brg dagangan dan pandai melipatgandakan keuntungan...

gravatar
fiar76 said...
April 28, 2009 11:04 AM  

Assalamualaikum Bro Shah,

I just follow your blog (specifically just today), and I find it so interesting. U given me a lot of insight how to built my own bussines. Kalau boleh sy nak berguru dan belajar dgn bro, sbb sy pun berminat untuk menceburi bidang perniagaan satu hari nnt. Hopefully bro boleh ajarkan sikit2 ilmu bro tu. Dan sy akan terus mengikuti blog bro.

p/s: Tgh hari nie sy mungkin ke kedai bro (tempat keje pun dekat jer), nak tgk kedai bro.

gravatar
Shahabudeen Jalil said...
April 28, 2009 2:23 PM  

ok bro.. thanks a lot.

Kalau datang kedai tu tegur la.. kalau tak ada kerja luar, saya ada di kedai.

gravatar
jazrul said...
August 21, 2009 12:27 PM  

kalu pergi kami tegur
Malaysia Web Design

Post a Comment