Bagaimana Mendapatkan Pekerja Yang Murah ?

Jika sistem hamba abdi masih boleh digunapakai pada hari ini, sudah tentu ini adalah kaedah paling murah untuk mendapatkan pekerja. 

Beli saja hamba abdi ini dari agen, bagi makan dan suruh dia bekerja. 
Walaupun begitu, kita masih perlu mengajar mereka kemahiran-kemahiran tertentu supaya mereka bekerja dengan lebih efektif.
Berbalik kita ke zaman sekarang, bagaimana mendapatkan pekerja yang murah ?
(artikel ini dikhaskan untuk usahawan kecil sahaja)
1. Mendapatkan Pekerja Separuh Masa.
Di Kuala Lumpur, untuk mendapatkan seorang akauntan bertauliah, kita perlu membayar gaji sekurang-kurangnya RM 1800-2000. Itu pun untuk graduan yang tidak mempunyai pengalaman.
Mengambil contoh saya sendiri, pada mulanya saya merancang untuk mengambil seorang akauntan sepenuh masa. Setelah berbincang dengan seorang rakan, dia mencadangkan saya hanya mengambil pekerja separuh masa. 
“Akauntan part-time ?” tanya saya kehairanan. 
Saya cuba menghubungi seorang rakan saya yang bekerja sebagai akauntan di Bank Negara Malaysia. Saya memberi tawaran untuk bekerja sehari setiap minggu dengan saya. Setiap hari saya akan berikan dia RM 100. Sebulan RM 400. 
Rakan itu menawarkan diri dengan gaji RM 500 kerana beliau mempunyai Ijazah Akaun dari UiTM, ACCA dan beberapa sijil profesional lain. 
Jika dikira, saya telah terselamat dari membayar RM 1800-2000. Untung RM 1300-1500. 
Kemenangan kedua pula, saya mendapat pekerja yang mahir yang bernilai RM 4000 sebulan. 
Rakan itu pula mendapat gaji lebih RM 500 sebulan. Situasi menang-menang.
Alhamdulillah. 
2. Dapatkan Pekerja Mengikut Tempat
Percayakah anda, kita masih boleh mengaji seorang kerani am dengan RM 600 sebulan di Kuala Lumpur ?
Jika pejabat anda di Ampang. Ambil pekerja yang tinggal berdekatan. Jangan ambil pekerja dari Gombak atau Sentul yang perlu menaikit LRT dan kemudiannya Bas untuk datang dan balik dari tempat kerja. 
Ramai pekerja yang mendapat gaji RM 900 sebulan tetapi menghabiskan RM 200 hanya untuk pengangkutan harian. Menghabiskan masa 3 jam sehari hanya dalam perjalanan.
Bagi pekerja yang hanya berjalan kaki ke pejabat, banyak keistimewaan yang dapat dinikmati.
- Tidak ada perbelanjaan pengangkutan.
- Tidak membuang masa dalam perjalanan.
- Tidak membazir wang makan di luar. Makanan berkhasiat dan bersih di rumah.
- Masa perjalanan yang dikurangkan dapat diluangkan bersama suami dan keluarga. cth- menghantar anak ke sekolah, menyediakan keperluan suami, mengemas rumah.
Semua perkara di atas tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Bagaimana mendapatkan pekerja yang berdekatan dengan pejabat ?
Mudah saja, 
- jangan buat iklan mencari pekerja dalam surat khabar.
- jangan buat iklan mencari pekerja di Internet.
Buat poster tawaran kerja kosong dan tampalkan di kawasan sekitar pejabat anda. Hanya orang yang lalu-lalang di situ akan menghubungi anda untuk memohon kerja yang ditawarkan. 
Buat sesi temuduga. Terangkan kebaikan dan kelebihan yang pekerja itu akan dapat jika bekerja berdekatan dengan rumah (ramai yang tahu, tetapi tidak menyedari). Beri tawaran gaji yang rendah. 
Terdapat beberapa kaedah-kaedah lain yang boleh juga kita fikirkan 
  1. Mengambil pelajar praktikal – negatif : pekerja tidak kekal lama walaupun murah.
  2. Mengambil saudara-mara – negatif : perlu menitikberatkan beberapa aspek seperti hubungan kekeluargaan.
  3. Merekrut pekerja (mengambil mereka yang mempunyai kelulusan rendah dan melatih sehingga mereka mahir tetapi gaji rendah) – negatif : memakan masa yang panjang. Pekerja yang direkrut dalam tempoh masa yang panjang ini boleh berpaling tadah dan bekerja dengan pesaing.
Sekian, terima kasih 
Shahabudeen Jalil
18 April 2009
Kuala Lumpur
Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

16 Responses to Bagaimana Mendapatkan Pekerja Yang Murah ?

  1. Anonymous says:

    majikam memang selalu berkehendak pekerja gaji murah..apa pula situasi sekiranya kita ini pekerja..u patut buat tajuk bagaimana mendapatkan kerja bergaji mahal pula…win-win situation kannnn?ada juga keburukan pekerja bergaji murah,eg malas,xde motivasi dan semangat untuk kerja…kerja sekadar mendapatkan gaji hujung bulan shj..

  2. zerocredit says:

    kenapa perlu bayar sehingga rm 500 untuk menyediakan penyata kewangan bulanan syarikat?

    banyak perhidmatan secara part time yg jauh lebih murah iaitu hanya rm 100 sebulan. pemegang ACCA dan akauntan bertauliah juga.

    mcm yang saya gunakan, saya cuma membelanjakan RM 2000 setahun bagi perkhidmatan menyediakan dan mengemaskini akaun syarikat termasuk bayaran audit.

  3. Shahabudeen Jalil says:

    Bagi saudara Anonymous pula,

    Bagi seorang majikan. Jika pekerja itu komited dan menjadi aset yang berharga. Majikan sendiri akan menaikkan gaji memandangkan pekerja itu menjadi aset. Lagi pula, takut pekerja itu lari ke syarikat lain.

    Tetapi bagi peniaga kecil seperti saya, saya perlukan kurangkan kos untuk mengaji pekerja.

    Lagipun, kita bukan paksa orang itu kerja dengan kita.

    Kita tawarkan dia dan dia sendiri rasa senang.

    Tidakkah akauntan itu mendapat gaji yang lebih jika dicampur dengan kerja part-time yang dia buat ?

    Bagi contoh yang kedua pula, bukankah lebih menguntungkan jika pekerja dapat jimatkan kos pengangkutan jika bekerja dengan syarikat yang lebih dekat dengan rumah ??

    Kita hanya mengurangkan duit yang diberi kepada syarikat bas, teksi, lebuhraya dan minyak. Pekerja dan majikan sama-sama untung.

  4. Anonymous says:

    sebagai pekerja mestinya aku memilih untuk kerja gaji mahal dan dekat dengan rumah…

  5. Anonymous says:

    Majikan selalu kedekut untuk membayar gaji lebih kepada pekerja sedangkan pekerja adalah aset penting syarikat…sememangnye kamu adalah majikan yang tidak meletakkan diri kamu di tempat pekerja…selalu nak bagi gaji murah..kalau macam tu,kerja sendiri dan jadi bos sendiri lah…

  6. Shahabudeen Jalil says:

    Terima kasih.

  7. zulkarnain says:

    aper la anonymous.. rasional la skit.. gaya macam ko je yg nak cari kerje..mmg la kalau kerja nak gaji mahal and dekat ngan umah. tu semua bergantung pada kelayakkan..sebagai pekerja yg baik, kene lah berfikir camne nak majukan diri supaya gaji dapat naik. tapi sebagai majikan pula jgn la bg gaji terlalu rendah. kenelah berbaloi. jgn bagi gaji rendah setaraf gaji pekerje buruh asing.. bg saya sepanjang saya mengenali encik shahabudeen ni, die bukanla seorang yg kedekut dlm memberi gaji.. sekian..

  8. zerodebit says:

    Saya rasa amat berbaloi bg encik shahabudeen untuk menggaji seorang akauntan sebanyak RM500 sebulan berdasarkan bidang kerja yang diperuntukkan oleh beliau. Sememangnya mudah untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih murah jika sekadar untuk menyediakan penyata bulanan.Akan tetapi, apalah sangat yg hendak dipandang dgn RM6000 setahun jika analisis yang dibuat oleh akauntan tersebut boleh mendatangkan keuntungan RM100,000 setahun? kebanyakan (bukan semua) usahawan sekarang hanya mengambil berat perihal kos sbg langkah terbaik untuk memastikan bisnes mereka berjalan lancar. Perlu diingat bahawa informasi adalah sesuatu yang lebih penting dan amat berharga pada alaf ini bagi memastikan kesinambungan sesuatu bisnes itu. Pada hemat saya, tujuan encik shahabudeen memberi gaji sedemikian agar dapat beliau dan akauntannya berbincang bagaimana untuk mengurangkan kos dan seterusnya melipat gandakan keuntungan perniagaan. Pelbagai analisis boleh digunakan seperti ‘gap analysis’, SWOT dan ‘ROI’ bagi membantu encik Shahabudeen. Jika menggaji seseorang yang sekadar datang setahun sekali dan menyediakan penyata bulanan, bagaimana beliau dapat menyediakan analisis mendalam tentang sesebuah bisnes itu? oleh yang demikian, saya menyokong penuh usaha en shahabudeen yang mewujudkan usaha menang-menang bagi kedua2 pihak.
    salam dari persatuan akauntan part time Malaysia.

  9. sue surah says:

    saya setuju dgn cara en shahabudeen. seorang akauntan part time yg buat kerja 1 hari setiap minggu memang berbaloi. akaun syarikat pun boleh kita manage, bole sentiasa tgk setiap minggu. berapa kadar keuntungan dll :)

  10. Marsya Aleya says:

    slm enck..
    senang saya membaca tulisan encik..ikhlas dlm mengeluarkan pendapat.saya juga meminati dekorasi english.jika sudi lawatla blog saya

    http://rosesenglish.blogspot.com
    http://rosesharmony.blogspot.com

    sekian.wassalam
    semoga maju jaya dlm biz.

  11. Mrs Siti says:

    banyak informasi boleh dipelajari. Saya pun kalau diberi peluan nak kerja part time sekali seminggu dengan RM 500 sebulan. Cuma belum berkelayakan dan kurang pengalaman dalam menguruskan akaun.

    Sekarang ni pun saya sedangh berkerja sebagai pembantu akaun (sesuailah dgn kelayakan diploma akaun saya)dan hanya melakukan basic2 akaun spt uruskan rekod expenses dll.

    Tapi masih banyak lagi yang saya x faham dan prelu bimbingan memandangkan saya berkerja berseorangan sahaja dan majikan merancang untuk menyuruh saya buat full akaun untuk kompeni start next year.. saya xtau nak buat mcm mana…..

  12. Anonymous says:

    Saudara Shahabudeen,

    Petikan kata-kata saudara:-
    "Dalam business saya nie. Akauntan ini buat segala audit syarikat dan stock checking. Saya rasa berbaloi."

    Saya kurang pasti maksud saudara.

    Adakah maknanya akauntan berkenaan membuat akaun termasuk penyata kewangan dan orang yang sama melakukan kerja audit? Dari segi praktis memang banyak sangat syarikat yang buat seperti begini.
    Dan yang selalunya kerja pengauditan tidak dilakukan secara sebenar oleh juruaudit bertauliah. Mereka sekadar menjual tandatangan mereka dan mengambil komisen 30% dari caj audit. Sebab itulah caj menjadi sangat murah disebabkan praktis under-cutting.

    Akibat dari praktis yang saya sebutkan di atas, mereka yang cuba menjalankan profession audit terpaksa bersaing dengan firma audit yang 'menjual' lesen.

    Yang ruginya adalah professional bumiputera yang cuba berkecimpung dalam profesyen audit.

    -Labu.

  13. MSAA SOLUTIONS (M) SDN BHD says:

    Salam

    Kebanyakan audit ataupun untung rugi sesutu syarikat boleh ditentukan dengan sendirinya tanpa memerlukan seorang accountant sekalipun..kebanyakan pada zaman sekarang sistem accounting yg dijual di pasaran mampu untuk meganalisis sendiri perniagaan kita secara terperinci, sama ada untuk ataupun rugi, ianya boleh dibuat harian mingguan, bulanan ataupun tahunan..dan pastikan sistem yg dibeli tersebut sesuai dengan bidang perniagaan anda…..

  14. Favourable Choc says:

    Salam,

    Mujur saya jumpa blog nie, blh jugak saya berkongsi pendpt. Saya tgh dlm perancangan untuk mendptkan part timer for web programming. Mslhnya, saya tgh berkira2, berapa market part time salary yg sesuai utk sehari?

    Yg mana sesuai, gaji dibyar ikut hari atau bulan. Setau saya, kalau melibatkan web programming atau project2 yg melibatkan computer programming, blh amik 3 atau 4 bulan jugak.

    Tolong la saya…fikiran x keruan nie.

  15. Favourable Choc says:

    Salam,

    Mujur saya jumpa blog nie, blh jugak saya berkongsi pendpt. Saya tgh dlm perancangan untuk mendptkan part timer for web programming. Mslhnya, saya tgh berkira2, berapa market part time salary yg sesuai utk sehari?

    Yg mana sesuai, gaji dibyar ikut hari atau bulan. Setau saya, kalau melibatkan web programming atau project2 yg melibatkan computer programming, blh amik 3 atau 4 bulan jugak.

    Tolong la saya…fikiran x keruan nie.

  16. Favourable Choc says:

    Salam,

    Mujur la saya jumpa forum nie. Saya dlm perancangan utk mendptkan khidmat part timer utk web programming. Kira tgh nak setup cpmpany jugak nie. Nak tau jugak agak2nya market salary utk part timer nie berapa?

    Lagi satu, sesuai ke kalau saya kenakan bayran ikut hari. Sbb setau saya, computer programming kekadang makan 3 atau 4 bulan jugak projectnya. Kalau setakat nak buat website, setau saya…kekadang mencapai 1 bulan jugak.

    Tolong saya saudara/saudari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>