10 Cara Bagaimana Perniagaan Membuat Keuntungan
Posted by
Shahabudeen Jalil
Berikut adalah 10 cara bagaimana sesuatu perniagaan membuat keuntungan.
1. Produk - Mengeluarkan sesuatu produk, jual kepada pelanggan dengan harga yang lebih tinggi dari harga kos.
2. Perkhidmatan - Menyediakan sesuatu perkhidmatan yang berguna, kenakan caj dari perkhidmatan ini.
3. Perkongsian Penggunaan - Wujudkan satu jenis perkongsian seperti kafe siber atau gim. kenakan bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini.
4. Langganan - Wujudkan pelanggan yang berlanggan sepanjang masa. Kenakan caj atas tempoh masa langganan (contohnya seperti langganan majalah dan surat khabar)
5. Insurans - Mewujudkan polisi insuran dengan memberi jaminan bantuan sewaktu sesuatu perkara malang terjadi. Kutip duit dahulu. Berikan semula duit hanya jika perkara malang terjadi.
6. Penjualan Semula - Beli sesuatu barangan dengan harga yang murah, jual semula dengan harga yang lebih tinggi. Contohnya membeli rumah secara tunai. (Penjual sanggup menerima harga yang 20% lebih rendah sekiranya terdapat tunai di hadapan mata)
7. Pajakan atau sewa - Beli aset, sewakan aset ini kepada yang memerlukan dengan satu nilai yang menguntungkan dalam jangka masa panjang.
8. Maklumat Pengguna - Wujudkan perhatian/tarikan dan sebarkan maklumat yang diperlukan oleh sesuatu kelompok pengguna. Dapatkan maklumat pengguna tersebut sebagai balasan. Jual maklumat ini kepada syarikat-syarikat yang memerlukan (syarikat direct-mail, syarikat pengiklanan). Juga dalam kategori ini adalah membuat pungutan suara dan pemerhatian. Maklumat seperti ini sangat berguna kepada syarikat-syarikat yang ingin memulakan proses pemasaran.
9. Komisen - Jual barang yang dimiliki oleh orang lain dan ambil keuntungan atau upah dari jualan ini.
10. Dividen - Beli peratusan dalam syarikat-syarikat. Apabila syarikat membuat keuntungan, anda mendapat dividen hasil pegangan anda.
Boleh dikatakan 99% perniagaan di masa lampau dan di masa depan mempunyai salah satu atau lebih daripada perkara di atas. Jika kita ingin mulakan perniagaan, cuba pilih satu atau lebih daripada 10 perkara di atas untuk memulakannya.
Maaf, Multi Level Marketing adalah bukan satu bentuk perniagaan bagi saya, tetapi ianya adalah satu jenis skim. Cuba hindari menyertainya jika anda belum menyertainya. Jika anda sudah menyertainya, tiada guna memberi komen kerana anda tidak akan menerimanya.
Terima kasih
Shahabudeen Jalil
09 April 2009
Kuala Lumpur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


April 9, 2009 5:53 PM
Aku hampir terjebak dlm MLM... tenkiu for jalil selamatkan aku. hahha
betoi cakap hang jalil, org MLM ni pusing2 balik pusing mesti cakap pasai perniagaan depa. sama jugak org yg jual insurans. pusing2 balik suruh kita amik insurans and memberi amaran such a cruel world we are living in. adoh! kesian gaks tgk depa2 ni.
alhamdullilah, kerja aku banyak berkat & satisfaction walaupun bukan business.
message here jangan masak MLM!
April 30, 2009 2:33 PM
ya...jgn sesekali terlibat dalam "MULTI LIAR MARKETING"
-Salahhudin Al-Ayyubi-
April 30, 2009 8:50 PM
Aku buat MLM pasal nk tambah pendapatan. klau kerja makan gaji je sampai bila income nk bertambah?
Come-onlah,takkan nak mengharap duit jatuh dari langit kot
Kerja aku pun berkat gak, tapi aku harus berusaha untuk jadi kaya, agar dapat membantu masyarakat
May 4, 2009 1:23 AM
Terima kasih en deen tips yg berguna saya juga pernah terjebak dlm MLM dan akhirnya menanggung kerugian.sekarang saya menghilangkan kebosanan dgn melayari blog bonsai,bolehkah cik Deen beri idea untuk mendapatkan wang dari hobi bonsai saya ini.
cuba cik din tgok blog bonsai ini
http;//bonsaikita.blogspot.com
adakah boleh saya berniaga bonsai seperti dlm blog ini.
May 16, 2009 12:12 AM
huhuhu...time kasey cik jalil...sy ni budak baru blaja...tetiba plak keje bhgn marketing...suma kena indie...seb bek blog cik jalil dapat tolong sy sikit..
goal sy skang...nak jadik bos!
huhuh..
sy memg minat meniaga..tp bukan jadik kuli....
jual telur ayam pon jd la....hehehe
June 22, 2009 4:56 PM
janji apa kerja yang dibuat itu halal. mesti ada keberkatan.
August 6, 2009 5:06 PM
actually ada MLM yg bagus dah ada pon sjil dari PPIM.
MLM pon ok..conventional bisnes pon ok selagi kite berusaha. so mari kite sama2 berusaha mencari rezeki! yezzaah~
Post a Comment