Antara Parking Kereta, Jihad dan ‘tolong Melayu’ – Bahagian 1

Apa kaitan antara parking kereta, jihad dan tolong Melayu ? Saya pun masih bingung dan kurang pasti jawapannya. 
Ceritanya bermula apabila saya sampai di sebuah restauran makanan arab terkenal di Jalan Damai untuk bertemu seorang rakan disitu.
Setelah duduk, saya mendapati terdapat resit parking di atas meja seolah-olah resit itu baru diterima. 
Saya : Apa dia ni zam ? macam resit parking ja. 
Zam : Ntah, tadi aku parking kena charge plak. Pelik gak aku, dia cakap dah dua minggu dia ambil duit parking kat sini. Sebelum ni aku mai tak kena pun.
Saya : Uiks… mustahil bro. Jalan ni bukan kedai ni punya. Lagipun yang ni off-road parking, mana ada kena charge. Mai aku tengok resit tu. 
Saya pun membelek-belek resit ini, terdapat nama “Pewaris Management”
Saya : Pewaris ni aku rasa macam pernah dengar. Aku rasa bukan kedai ni punya ni. Kedai ni memang ada sediakan pak guard untuk jaga kereta. Tapi tak ada pula dikenakan bayaran. Hang tunggu sat, aku pi tanya kat Taufik, bos kedai ni. 
Saya pun bangun dan meluru ke arah bos kedai tersebut dan bertanya tentang hal ini. Bos kedai itu menyatakan dia sendiri tidak tahu menahu tentang ini. Malah, mereka sendiri telah membuat laporan polis berkenaan hal ini. Apabila polis sampai saja, lelaki yang mengutip wang ini akan melarikan diri, lesap entah ke mana. 
Saya pun kembali semula ke tempat duduk. 
Saya : Zam, kompom dah hang kena tipu. Hahaha.. Len kali tanya la dulu. 
Zam : Mana aku nak tau, dia mintak, aku bagi ja la. 
Saya pun membelek-belek resit tersebut sehingga terjumpa sesuatu yang sangat familiar dalam resit itu iaitu alamat yang tertera di belakang resit itu. 
Saya : Uiks.. aku rasa macam aku kenai alamat ni. Jeng jeng jeng.. ni alamat Persatuan ABC (Teka sendiri la.. ) . Dulu aku ofis kat situ gak. Aku rasa memang penipu ni bukan saja menipu orang ramai, malah dia cuba untuk memburukan nama Persatuan ABC ini. 
Zam : Betui ka ? teruk betui depa ni. 
Saya : Sat aku tepon memba aku dalam Persatuan ABC
Saya pun mengangkat telefon dan menghubungi kawan saya (KS) salah seorang pengarah dalam Persatuan ABC tersebut.
Saya : Alooo… Weh.. Hang tau ka apa-apa pasal Pewaris Management ?
KS : Ya, Pewaris under aku, awatnya ?
Saya : Depa ni dok guna nama hampa dok kutip duit parking kat tempat yang tak sepatutnya ni. Hang tau dak ?
KS : Haha.. hang bagi ja. 
Saya : Iskk.. hang tak faham ka. Depa dok guna nama hampa ni. Aku tengok kat sini, alamat pun alamat hampa. 
KS : Takpa, memang la. Hang bagi ja. 
Saya : Awat kena bagi plak. Tempat tu bukan kena caj parking pun. 
KS : Ni untuk Jihad, hang bagi ja. Melayu kena tolong Melayu. Hang bagi ja. 
Setelah menamatkan perbualan. Saya kebingungan. Saya cerita pada zam. Dia pun gelak sakan. 
Tidak lama selepas itu, seorang lagi rakan saya yang baru hadir pun menunjukan resit bayaran tersebut. 
Keesokannya….. 
Keesokannya saya pergi ke restauran itu lagi dan sewaktu sedang meletakkan kereta, datang seorang lelaki dalam lingkungan umur 20-an dan menulis buku resit yang pernah aku lihat semalam….. 
(Tunggu sambungan lain kali )
p/s :  Untuk Jihad ? Melayu kena tolong Melayu ? 

Yang lebih menghairankan (baca: menyedihkan) , persatuan ini banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan membela nasib orang sebelum ini. Tetapi sekarang macam ini pula jadinya. 

Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

One Response to Antara Parking Kereta, Jihad dan ‘tolong Melayu’ – Bahagian 1

  1. hafiz says:

    Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris)can be reach at http://pewarisummah.blogspot.com/

    Menyatukan Ummah Demi Agama Dan Bangsa adalah moto pertubuhan bukan kerajaan ini. Demi agama dan bangsa bapak kau!! Who is behind this idiotic NGO?? I believe 110% UMNO is behind them. Sbb tu mereke ni berani nk amik duit haram ni. Biasela UMNO. Matlamat menghalalkan cara. Halal haram belakang cerita. yg penting duit masuk. Kalau dh pengarah pertubuhan ni sendiri ckp bg je duit then xtau nk ckp ape dah. terlungkup la korang ngn UMNO2 skali. Hahaha.

    Ni kt restoran Rawsha tu ke??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>