Membuat Keputusan Yang Pantas


Banyak kenangan manis yang tersimpan di hati sewaktu belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, antaranya sewaktu mewakili sekolah sehingga kami menjadi Juara Malaysia dalam pertandingan antara Sekolah-sekolah Premier 1999. (Juga yang lebih manis apabila membelasah MCKK dalam peringkat suku akhir pertandingan ini.)

Banyak juga pengajaran yang berharga yang diberikan kepada kami oleh 2 orang Cikgu yang sangat berjasa kepada kami pada waktu itu iaitu Cikgu Umar Bakhy dan Cikgu Azman (‘Man Pisang’ adalah nama dikalangan rakan-rakannya).
Antaranya adalah tentang menepati masa, berusaha bersungguh-sungguh, menghormati orang yang lebih tua, kaedah bekerja dalam kumpulan, kaedah membuat keputusan pantas dan lain-lain. 
Yang akan diceritakan oleh saya pada kali ini adalah mengenai membuat keputusan yang pantas. 
Sewaktu dalam permainan rugby, apabila bola keluar dari scrum atau mould, pemain yang mendapat bola ini perlu membuat keputusan. 
“Mamak, bila hang dapat bola kat tangan, hang kena buat keputusan samada nak kick, nak passing atau nak hit. Tiga-tiga keputusan ini adalah betui jika hang buat betui-betui.” Kata Cikgu Umar Bakhy sewaktu sessi latihan. 
“Tapi kalau hang teragak-agak dalam satu-satu keputusan yang diambil atau hang ambil masa terlalu panjang untuk pikiaq, hang akan kena tackle orang geng lawan dan kita kalah” sambungnya lagi. 
Kalah disini bukan bererti kalah satu perlawanan, tetapi kalah kerana teragak-agak membuat keputusan atau mengambil masa terlalu panjang sehingga membiarkan pasukan lawan menyerang kembali. Ini bererti membuat kesilapan. 
Jika keputusan telah dibuat, dan dibuatnya dengan bersungguh-sungguh. Maka keputusan ini dianggap keputusan yang tepat. (Tentu terdapat sedikit pengecualian dalam sesetengah keadaan)
Jika setiap keputusan kecil yang kita buat adalah tepat, maka kita tidak akan tidak MENANG. Tetapi jika setiap keputusan kecil yang kita buat adalah salah, maka kita tidak akan tidak KALAH. 
Perkara sebegini samalah juga dalam perniagaan. Di mana kekadang kita terpaksa membuat keputusan yang cepat ataupun memilih sesuatu yang kurang berisiko berbanding sesuatu yang lebih berisiko dan juga sebaliknya. 
Contohnya membuat keputusan dalam memilih pejabat, memilih pekerja, memilih partner sehinggalah memilih waktu yang sesuai untuk membuat perjumpaan atau panggilan. Semuanya adalah keputusan-keputusan yang kita perlu buat setiap hari dalam perniagaan. 
Keputusan yang silap akan mengakibatkan kerugian dari segi kewangan, dan bekerja keras serta bijak akan mengurangkan kebarangkalian untuk rugi. 
Selain itu, keputusan juga bergantung kepada faktor-faktor luaran yang bukan dalam kawalan kita. 
Namun kita juga harus sedar bahawa membuat keputusan ini juga adalah satu kemahiran yang boleh diasah berdasarkan pengalaman. Maka biasakan diri kita membuat keputusan yang pantas dan melaksanakan keputusan itu sebaik mungkin, semoga dengan ini kebarangkalian keputusan itu untuk berjaya adalah lebih tinggi.
Tentang faktor luaran yang diluar kawalan kita, serahkan kepada Tuhan. 
Gambar di ambil di sini 
Sekian catatan buat kali ini. 
Terima kasih kerana melawat blog saya, sila tinggalkan komen jika mempunyai kelapangan. 
Shahabudeen Jalil
30 Januari 2009
Kuala Lumpur
Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

One Response to Membuat Keputusan Yang Pantas

  1. zerocredit says:

    saya minat membaca penulisan saudara jalil..boleh kah saudara jalil memberikan kursus?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>