HAMKA : Tafsir Al-Azhar


Dah hampir sepuluh tahun sewaktu saya mula-mula membaca buku-buku novel Hamka, diantaranya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937) dan Di Bawah Lindungan Ka’abah (1936).

Buku beliau terkenal dengan bahasa yang mudah tetapi indah.
Dalam sebulan dua ini, saya merasakan seperti saya perlu membaca “Tafsir Al-Azhar” tulisan Hamka. Beberapa orang kawan yang saya jumpa juga mengesyorkan membaca tafsir ini. Banyak sedutan-sedutan cerita dalam tafsir ini diceritakan semula hingga membangkitkan nafsu untuk membeli jilid buku ini.
Dulu saya pernah merancang untuk membeli, selepas bertanya harga sekitar dalam RM 100-200. Terdapat bisikan di telinga.
“Bro, harga tak mahal sangat, tapi mana ko nak letak buku banyak ni ? Rumah ko pun bukan ada tempat sangat. Kalau nak beli satu diorang mungkin tak nak jual. Baik ko beli lain kali jer. Ko muda lagi, apa nak risau. ” Bisik Syaitan Laknatullah.
“Betul juga, lain kali je lah” kata diriku.
Insya-Allah saya bertekad untuk membeli dan membaca dalam masa terdekat insya-ALlah. Saya tulis disini pun supaya ada kawan-kawan yang akan bertanya mengenai ini pada saya jika bertemu nanti. Kalau masih tak beli, malu la..
Yang paling akhir, saya terbaca temuramah seorang bernama Azli Shukri bersama Y.B. Mukhriz Mahathir dan sedutan temuramah itu adalah seperti di bawah :

Buku bahasa Melayu yang baru Datuk baca?

Baru-baru ini saya ada membaca kitab hadis dalam bahasa Melayu dan satu set lengkap berkenaan himpunan buku-buku tulisan Prof. Hamka yang diberikan oleh rakan baik saya. Daripada pemerhatian saya, jelaslah bahawa bahasa kita cukup cantik dalam meyampaikan idea yang berunsur falsafah dan agama. Itu harus kita akui.

(Wawancara penuh boleh didapati di blog Azli Shukri di sini )

Moga Allah berikan kekuatan supaya bukan saja saya dapat beli Tafsir ini, malah membaca, mengamalkan dan menyampaikannya Insya-Allah.
Shahabudeen Jalil
29 Januari 2009
Kuala Lumpur
Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

8 Responses to HAMKA : Tafsir Al-Azhar

  1. hafiz says:

    Y.B Mukhriz: “Daripada pemerhatian saya, jelaslah bahawa bahasa kita cukup cantik dalam meyampaikan idea yang berunsur falsafah dan agama. Itu harus kita akui.”

    Y.B Hafiz: “Daripada pemerhatian Datuk, Datuk hanya nampak bahasa kita sahaja yang cantik. Adakah datuk nampak agama kita yang cuba disampaikan lagi cantik?? oh mungkin saya terlupa yg agama dalam buku datuk baca tu adalah bukan islam hadhari. Kalau buku tu menceritakan tentang islam hadhari mungkin datuk akan nampak. Saya berpendapat datuk hanya membuang masa membaca buku tersebut kerana agama dalam buku tersebut tidak membenarkan undang2 penahanan tanpa bicara. tetapi agama islam hadhari datuk membolehkan undang2 penahanan tanpa bicara.”

  2. Muhammad Azli Shukri says:

    saya menjawab tomahan saudara hafiz – “Saya berpendapat datuk hanya membuang masa membaca buku tersebut” nampaknya kita dalam menegakkan agama kita..kita masih dibelit dengan kejahilan dan tanpa usul periksa. wawancara tersebut bercakap soal “bahasa” bukan semata-mata berkenaan agama. begitu juga jika ahli nahu membaca al-Quran mereka akan bercakap gaya bahasa al-Quran. tolong faham konteks jgn main tuduh sahaja.

    mengatakan bahawa membaca buku tersebut hanyalah membuang masa sahaja – ia tuduhan yang sengaja diada-adakan. apakah sauadara membaca al-Quran dan saudara faham semua maksudnya dengan cermat dan tertib? jika tidak bolehkah saya katakan bahawa saudara juga sia-sia membaca al-Quran? biarlah kita membaca dan jika tidak faham sekali pun kita doalah agar Allah berikan hidayah.

    ISA – siapa kata tiada amalan dalam sejarah Islam, kalau tidak ada ilmu lebih baik kita diam. baca artikel dalam blog saya berkenaan ISA dalam islam dan bagaimanakah Umar melaksankaan tahanan tanpa bicara. tolong baca YB Hafiz.

  3. hafiz says:

    hi saudara muhammad azli shukri..saya tak ckp pasal ISA saje..saye juge bg contoh pasal rasuah..ape cerita skang?? rasuah ni ape cerita bang?? tolong bg cerita skit pasal rasuah..pasal penindasan..pasal ketidak adilan..pasal mencuri duit rakyat malaysia..pasal cakap bohong kepada rakyat..pasal salah guna kuasa..pasal memandang rendah org2 miskin..pasal membazir duit rakyat..tolong cite skit laa..

    ye mmg saye xfaham semua maksud dalam quran..tp mane yg saye faham saye amalkan..saye xamal rasuah..saye xamal penindasan..saye xsalah guna kuasa..itu semua perkara basic la bang..susah sgt ke nk elakkan rasuah??

    tp kalo setakat bace quran, buku itu buku ini bagai nak rak sekalipun kalau xamal ape cerita bang..

    ye saudara boleh setuju dgn isa..tp kalau ade kalangan ahli keluarga saudara yg kene isa amacam??? kene terajang kene bakar telur ngn lighter kene tarik bulu ari2 kene duduk atas ais etc2..ape macam bang??? tp kalo saudara xkesah tgk ayah saudara ke abang saudara ke kene seksa camtu then xde hal laa..

    laaaa..buang mase saje aku tulis kt atas tu..rupe2nye mamat muhammad azli shukri ni org UMNO..Utterly Moron No Otak..org islam hadhari rupenye..patutla ckp ISA xde hal..xpelah..abaikan saje tulisan aku kt atas tu..puak2 UMNO ni mmg dh bebal..ckp la ape pon..same je..tp kalo hulur duit skit, bg kuase skit, bg pangkat skit..haa baru la dieorg bleh hidup..anyway UMNO is dying man!!!

  4. hafiz says:

    azli..sudah la kau..kalau najib pon ko boleh ckp yg terbaik aku dh xleh ckp ape dh..aku dh boleh bayang ko org camne..u’re a joke man..u’re my laughing stock for today..KAHKAHKAHKAH..huaarkk huuaarkk ptuihh..

  5. hzman89 says:

    salam.nak tye sikit..hrga tafsir yg disebut rm100-200 tu untuk ke semua juzuk atau untuk satu buku?

  6. Anonymous says:

    mengapa tidak:)

  7. Anonymous says:

    bardzo ciekawe, dzieki

  8. hairi tohir says:

    Salam.
    Di mana boleh dapatkan tafsir azhar karya Buya Hamka dengan harga 100-200?
    kalau ada, tolong bagitahu sebab biasanya dalam rm 500 ke atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>