feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

keratan..


klik disini untuk link utusan




Artikel dalam Utusan 30 Julai 2008

Shahabudeen kreatif cipta peluang


Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman


PADA usia baru 26 tahun, anak muda kelahiran negeri Jelapang Padi ini sudah bergelar Pengurus dan Pakar Runding Anzac Consultancy, syarikat perintis yang mengendalikan kursus memborong di China secara sistematik dan terperinci.

Malah akui Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, penglibatan beliau dalam dunia perniagaan berkaitan import eksport produk-produk tertentu menerusi Internet sudah bermula seawal usia 20 tahun lagi atau sebaik tamat pengajian peringkat A Level.

Yang pastinya, pencapaian beliau ini wajar menjadi contoh ikutan generasi muda masa kini kerana beliau telah membuktikan kepada umum bahawa usia bukanlah halangan ke arah kejayaan. Pokok pangkalnya, kena ada keazaman, cita-cita dan kreatif mencipta peluang masa depan.

Melihat kepada perwatakan dan penampilan diri pemuda berkulit hitam manis dan bertubuh tegap ini, tidak hairanlah beliau boleh berjaya.

Apatah lagi, minat dan peluang mengembara ke hampir seluruh dunia menjadikan beliau matang menilai sesuatu perkara, berfikiran terbuka dan berpandangan jauh. Pun begitu, prinsipnya tetap ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’.

“Pada peringkat permulaan dahulu, saya menjual barangan dari Internet seperti pakaian sukan, produk elektronik, jam tangan yang diperoleh dari beberapa tempat seperti dari Kuala Lumpur, Hat Yai, Bangkok, China, Vietnam dan banyak lagi.

“Namun pada 2003, saya cuba masuk ke pasaran di China menerusi Canton Fair iaitu satu pameran perniagaan yang terbesar di dunia.

“Di situlah, saya bertemu dengan seorang rakan perniagaan dari negara tersebut dan mula buat bisnes dan kemudian menjualnya pula ke pasaran Eropah dan New Zealand,” cerita anak kedua daripada lima adik-beradik ini sebelum berangkat membawa rombongan pertama peserta Kursus Borong China kendalian syarikat beliau pada akhir Jun lalu.

Shahabudeen yang fasih berbahasa Tamil, Melayu, Inggeris, Rusia, Mandarin dan Jerman, tidak menafikan kenyataan bahawa telah ramai usahawan dari Malaysia yang berurus niaga di China. Namun sayangnya, penglibatan usahawan bumiputera Muslim boleh dikatakan tidak ada ataupun amat kecil jumlahnya. Ini diyakininya kerana acap kali mengikuti mana-mana pameran perniagaan, beliau sentiasa dihujani pertanyaan yang sama iaitu bagaimana untuk mendapatkan peluang perniagaan di China.

Lantaran itulah, selepas beberapa bulan kembali dari New Zealand iaitu pada Mei lalu, beliau mendapat cetusan ilham untuk membuat kursus memborong di China secara lebih komprehensif.

Kata Shahabudeen, setiap peserta akan dibekalkan pelbagai maklumat seperti urusan pasport dan visa, tiket penerbangan, penginapan, pemilihan restoran halal, pengangkutan tempatan, lokasi membeli-belah dan memborong, urusan imigresen proses penghantaran barang ke Malaysia.

Di samping itu, mereka juga akan disediakan kursus asas bahasa Mandarin, diberi tunjuk ajar kaedah mencari pembekal melalui laman web, diterangkan berkaitan fenomena wang palsu yang kerap dialami peniaga malah sehingga pendedahan pengunaan tandas terbuka yang sedikit sebanyak menimbulkan kejutan kepada orang Malaysia.

“Alhamdulillah sehingga bengkel yang keempat, sambutan yang diterima begitu memberangsangkan. Sepanjang penganjuran kursus-kursus tersebut, bilangan penyertaan yang diterima adalah antara 10 hingga 22 orang yang terdiri daripada pelbagai status pekerjaan. Hakikatnya, mereka bukan sahaja memperoleh satu peluang baru malah pada masa sama membina rangkaian baru sesama mereka.

“Apa yang saya lakukan ini bukanlah semata-mata kerana mencari keuntungan tetapi jauh di sudut hati, saya bermatlamat untuk mengubah ekonomi umat Islam daripada terus bergantung kepada orang tengah.

“Sebenarnya, urus niaga import eksport ini adalah satu ibadah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sendiri selain membina masjid. Ini kerana, dengan kekuatan ekonomi maka akan kuat juga ummah itu,” katanya yang boleh dihubungi di talian 017-2517 515 atau dengan melayari laman web www.kursusborongchina.com untuk sebarang pertanyaan.

Link utusan disini



Sambutan 100 Tahun Kolej Sultan Abdul Hamid

(gambar dari website http://sahocahunt2008.blogspot.com/ ), sila lawat blog ini unt update tentang treasure hunt KL-Alor Star bersempena sambutan 100 tahun ini)

Tahun ini genaplah 100 Tahun Kolej Sultan Abdul Hamid ditubuhkan dan telah merasai zaman gemilang dengan melahirkan 2 orang Perdana Menteri, 5 orang Ketua Hakim dan ramai lagi yang telah menempa nama di Malaysia dan di persada antarabangsa.

Sila baca mengenai sambutan ini di akbar The Star disini, sini dan sini.

Seperti yang Che Det kata, sambutan 100 tahun ini sekali saja dalam seumur hidup kecuali orang itu hidup sampai 200 tahun. :))

Untuk melawat website rasmi sahoca adalah disini . Please register.



Trip Ke China 24-28 Ogos


Alhamdulillah Trip yang pertama telah selamat dijalankan pada 24-28 Jun 2008. Trip ini disertai oleh 18 orang semuanya, ada antaranya yang datang lambat dan ada juga yang pulang lebih awal.

Satu peristiwa yang tak dapat dilupakan ialah pada hari yang kedua di mana kami terperangkap dalam traffic jam di highway dalam perjalanan pulang dari shenzhen selama 6 jam. Akhirnya kami sampai juga semula ke Guangzhou walaupun terlewat hampir 4 jam.

Boleh juga dapatkan cerita lanjut dari website salah seorang peserta, Wan Mohd. Syazwan di blognya di www.saifulsham.com .

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta, moga jalinan persahabatan yang kita wujudkan ini akan melahirkan keuntungan di dunia dan akhirat. Insya-Allah.



Daulat Tuanku : Sambutan 50 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Kedah


Tahun ini genap 50 tahun pemerintahan Sultan Kedah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH, seorang sultan berjiwa rakyat yang disayangi oleh seluruh penduduk negeri ini.

Saya mendoakan baginda akan terus memimpin negeri Kedah menjadi sebuah negeri yang lebih makmur. Moga Allah memberi kesihatan kepada baginda serta memanjangkan umur baginda untuk terus memimpin kami.

Jungjungan kasih juga kepada Tuanku atas sokongan yang diberikan kepada rakyat negeri ini. Baginda seorang Sultan yang sangat prihatin dan melayan rakyat baginda tanpa mengira fahaman politik, kaum dan agama. Tidak juga dilupakan baginda sebagai peminat no. 1 bolasepak Negeri Kedah.



Sila ke website sambutan ini di sini






Yiwu, satu lagi bandar borong yang menarik...

Salam sejahtera,

Selain dari Guangzhou dan Shenzhen. Yiwu adalah satu lagi bandar yang menarik sebagai lokasi memborong barangan. Kebanyakkan barangan disini adalah barang-barang kecil seperti pin rambut, cekak, gelang tangan, mainan kanak-kanak, alat tulis dan lain-lain lagi.

Terdapat 3 tempat borong utama dengan keseluruhan lebih kurang 65,000 lot kedai-kedai borong untuk kita terokai.

Selain dari itu, di Yiwu ini terdapat ramai sangat orang-orang Arab sehinggakan kedai-kedai borong pun mempunyai signboard dengan bahasa Arab. Selain dari orang Arab terdapat orang dari seluruh dunia yang bertumpu ke sini untuk memborong.

Buat permulaan, sila lihat video yang diambil oleh thestar ini..



Sila lawat www.kursusborongchina.com untuk menyertai Kursus Memborong di China.