Mencari Saudara Islam di Yunnan, China

Pada 27hb Disember 2008, saya bertolak dengan kapal terbang dari Guangzhou ke Kunming. Rakan saya, Harun seorang Cina Muslim menanti di lapangan terbang Kunming walaupun kapal terbang ini belum bertolak dari Guangzhou. Perjalanan memakan masa 2 jam 40 minit.

Kunming adalah sebuah bandar seolah-olah seperti bandar Ipoh tetapi orang Islam tidak ramai disini. Maka pada keesokannya kami bertolak ke Jian Shui, suatu bandar kecil, kira-kira 220 km dari Kunming yang mempunyai kira-kira 30% orang Islam. Kami dibawa Harun ke satu madrasah dimana Harun pernah menimba ilmu sebelum ini.

Kami disambut dengan meriah oleh Ustaz Ibrahim, mudir disitu serta pelajar-pelajar lain yang berjumlah kira-kira 40 orang.

Hari ini, kami dibawa oleh Harun serta rakan-rakannya ke sebuah penempatan Islam kira-kira 50 km dari Jian Shui. Penempatan ini bernama Sha Tian adalah hanya sebesar kawasan Pandan Indah tetapi mempunyai kira-kira 15 buah Masjid. Masjid lama dan baru, yang besar dan kecik.

Selain itu disini juga terdapat banyak madrasah-madrasah dimana beratus-ratus orang pelajar mempelajari Agama Islam dan Bahasa Arab. Selain itu, terdapat ramai gadis-gadis Muslim yang bertudung dan berpurdah.

Sila lihat gambar dibawah…. gambar kurang elok kerana diambil hanya dengan telefon bimbit.

Masjid di Sha Tian, sebuah penempatan Islam yang mempunyai 15 buah masjid

Sebuah lagi masjid untuk pelajar di sebuah Institut pengajian Islam di Sha Tian ini, Di kiri dan kanan masjid ini terdapat hostel pelajar lelaki, perempuan dan rumah guru. Semua perbelanjaan dibiayaai oleh individu Muslim.

Madrasah dimana kami sampai pada permulaannya.

Ustaz Ibrahim bersama saya dan Ibnu Hasyim.

Masjid Kunming, yang memakai jaket hitam itu adalah Harun.
Shahabudeen Jalil bin Kamarul Jaman
29 Disember 2008
Jian Shui, Kunming, Yunnan, China
Dapatkan video Rahsia Teknik Jualan
Masukkan nama & email anda dibawah

Anda juga akan menerima tips, panduan, dan teknik perniagaan pemborongan terus ke inbox.
This entry was posted in blog. Bookmark the permalink.

One Response to Mencari Saudara Islam di Yunnan, China

  1. Anonymous says:

    Asmkm
    Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing, Guangzhou, Shanghai sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg sdr lawat ini. saya harap dapat kiranya saudara cerita lagi pengalaman merantau di sana. Kalau ada kesempatan, ingin juga saya bertemu sdr bila dah balik malaysia nanti, insyaAllah.
    Azhar – mohdibni08@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>